Persatuan Mahasiswa Islam UPM (PMIUPM)

PMIUPM is your excellent partner

Baca dan renungkan…

Posted by pmiupm di 27 Julai 2007

Kisah-1Ketika belajar di Universiti Kebangsaan Malaysia, Salleh (bukan nama sebenar) telah bertemu jodoh dengan isterinya Siti Rahmah (bukan nama sebenar). Salleh mengambil jurusan kejuruteraan manakalaSiti Rahmah mengambil bidang perakaunan. Sekarang mereka telah 15 tahun berkahwin dan dikurniakan Allah dengan 7 orang anak.

 

Beberapa bulan yang lepas saya berkunjung ke rumah Salleh di Kajang. Kebetulan pada pagi Ahad itu selepas solat Subuh di Masjid Kajang saya bertemu dengan Salleh. Dia terus mengajak saya ke rumahnya. Dia menyewa rumah teres setingkat tidak jauh dengan Masjid. Baca baki entri ini »

Advertisements

Posted in Artikel@Tazkirah | 3 Comments »

Ahli PMIUPM ditekan?

Posted by pmiupm di 27 Julai 2007

Assalamualaikum wbt.

Sejak semester lepas, kebanyakan pelajar yang berstatus ahli PMIUPM, telah dibuang kolej atas alasan yang tidak munasabah. Ramai ahli PMI terpaksa menagih simpati dari pihak pengurusan kolej supaya mereka ditempatkan di kolej kediaman mereka sepertimana keputusan yang dikeluarkan oleh pihak kolej bahawa mereka boleh menetap di kolej masing-masing. Kebanyakan mereka terkejut apabila di saat-saat akhir mereka mendapat surat dari pengetua bahawa mereka dibuang kolej, disertakan dengan surat berkenaan adalah borang keluar kolej. Bermakna, pihak kolej telah seratus-peratus mahu membuang mereka tanpa belas kasihan. Baca baki entri ini »

Posted in Artikel@Tazkirah | Leave a Comment »

WAJAH BARU BLOG PMIUPM

Posted by pmiupm di 21 Julai 2007

Assalamualaikum wbt.

Pertama sekali saya memohon berbanyak-banyak kemaafan di atas kelemahan menguruskan blog pmiupm ini. Sudah beberapa bulan lamanya blog ini tidak dapat dikemaskini kerana terdapat masalah-masalah yang menyebabkan blog ini tidak dapat diuruskan. Justeru, saya memohon maaf di atas kesilapan dan kelemahan saya ini.

Alhamdulillah, kali ini blogspot pmiupm ini muncul dengan wajah baru bertemakan warna ungu, sempena warna tema bagi Persatuan Mahasiswa Islam UPM (PMIUPM). Saya berharap agar dengan penampilan baru ini dapat memberi semangat kepada semua mahasiswa untuk melayari blogspot ini dan memeriahkannya lagi berbanding sebelum ini. Baca baki entri ini »

Posted in Pengumuman | Leave a Comment »

TAHNIAH MAHASISWA BAHARU

Posted by pmiupm di 10 Julai 2007

Soff kepimpinan Persatuan Mahasiswa Islam Universiti Putra Malaysia (PMIUPM) mengucapkan setinggi-tinggi tahniah dan syabas atas kejayaan mahasiswa dan mahasiswi baharu yang telah berjaya mendaftar sebagai mahasiswa baharu UPM. Kejayaan yang dicapai ini merupakan satu kebanggaan dan amanah yang perlu disyukuri.

Sesungguhnya memang ramai sekali lepasan STPM dan matrikulasi yang telah mencuba untuk menjadi mahasiswa UPM. Dalam banyak-banyak itu maka anda telah terpilih sebagai seorang yang bertuah. Persatuan Mahasiswa Islam UPM yang mana berteraskan menjaga kebajikan mahasiswa Islam UPM amat berbesar hati untuk membantu mahasiswa baharu dalam menempuh alam kampus yang penuh cabaran ini. Dekatilah ahli-ahli dan exco-exco PMIUPM. Kunjungilah bazar persatuan kami. Baca baki entri ini »

Posted in Minda Pemimpin | Leave a Comment »

Selamat Menempuh Peperiksaan Akhir

Posted by pmiupm di 16 April 2007

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Syukur kepada Allah kerana telah memberi nikmat dan kurniaan yang tidak terhingga kepada kita semua selaku hamba-Nya di dunia yang sementara ini. Sebagai seorang mahasiswa, khususnya mahasiswa Muslim, adalah menjadi hak kita semua menunaikan tanggungjawab mencari ilmu di muka bumi Allah ini. Dan di sini pihak PMI UPM ingin mengucapkan selamat menghadapi peperiksaan akhir semester kedua bagi sesi 2006/07 kepada seluruh mahasiswa UPM dan semoga dapat menghadapi peperiksaan dengan tenang dan jayanya.

Kami berharap setiap diri dari kita semua mengingati Allah selalu sebelum, semasa dan selepas peperiksaan nanti. Susah senang dalam menjawab soalan peperiksaan adalah milik Allah dan usaha kita selama ini menjadi penentu kepada kejayaan kita kelak. Baca baki entri ini »

Posted in Pengumuman | Leave a Comment »

Perutusan Presiden PMIUPM sempena Maulidur Rasul 1428H

Posted by pmiupm di 31 Mac 2007

presidenAssalamu’alaikum dan salam sejahtera, salam perpaduan kepada seluruh warga UPM.

Segala pujian bagi Allah S.W.T yang sentiasa memberikan rahmatNya kepada kita samada kita dalam ketaatan atau dalam keingkaran, selawat dan salam kepada junjungan besar nabi Muhammad S.A.W, para sahabat, para aulia, ulama-ulama yang ikhlas dalam perjuangan menegakkan yang hak serta pendokong-pendokong kebenaran dalam menegakkan perkara yang makruf dan menentang kebatilan.

Firman Allah S.W.T yang bermaksud :

“Demi sesungguhnya, adalah bagi kamu pada diri Rasulullah itu contoh ikutan yang baik, iaitu bagi orang yang sentiasa mengharapkan (keredhaan) ALLAH dan (balasan baik) hari akhirat, serta ia pula menyebut dan mengingati ALLAH banyak-banyak (dalam masa susah dan senang).”

(Surah Al-Ahzaab: ayat 21) Baca baki entri ini »

Posted in Minda Pemimpin | Leave a Comment »

Sejarah Sambutan Maulidur Rasul

Posted by pmiupm di 30 Mac 2007

Perayaan Maulidur rasul telah diasaskan oleh kerajaan Fatimiah di Mesir. Kerajaan Fatimah telah merayakan perayaan ini secara besar-besaran. Bukan hanya hari jadi Rasulullah saw sahaja yang dirayakan, tetapi juga ahli keluarga Nabi saw seperti Zainab, Hassan, Hussain (r.a.). juga dirayakan. Bahkan mereka juga merayakan kelahiran Nabi Isa as.

Walaubagaimanapun, semua perayaan ini telah dihentikan pada tahun 488 atas perintah Perdana Menteri al-Afdal Shahindah pada ketika itu yang berpegang kuat pada sunnah seperti tercatit di dalam buku Al-Kamel, karangan Ibnu Al-Atheer. Masyarakat berhenti merayakannya sehingga Al-Ma’moon Al-Bataa’ni memegang kuasa kerajaan. Beliau telah yang memulakan kembali perayaan yang telah dihentikan sebelum itu. Baca baki entri ini »

Posted in Artikel@Tazkirah | Leave a Comment »

JANGAN MENCARI TIDUR YANG CUKUP

Posted by pmiupm di 27 Mac 2007

Sudah masuk dua minggu saya menjadi pelajar sepenuh masa di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia. Walaupun saya menyambung pelajaran untuk peringkat Master, semester ini saya dikehendaki mengambil 5 subjek prerequisite yang merupakan subjek undergraduate. Saya perlu bersyukur kerana dapat terus masuk ke kelas, sedangkan lebih 100 orang pelajar postgraduate yang mengambil peperiksaan Bahasa Inggeris bersama saya, terkandas dan dikehendaki mengambil kursus Bahasa Inggeris di CELPAD. Saya berasa sedih melihat wajah rakan-rakan yang amat bersemangat untuk menyambung pelajaran, tetapi terpaksa melupakannya seketika. Walaupun sebahagian mereka mengambil pengkhususan yang langsung tiada subjek di dalam Bahasa Inggeris (seperti Master di dalam Sastera Arab), mereka tetap dikehendaki melepasi tahap tertentu di dalam penguasaan Bahasa Inggeris. Terpaksalah bersabar seketika, dan saya harap mereka dapat mempositifkan fikiran dan menganggap ini sebagai suatu enforcement untuk mereka menguasai Bahasa Inggeris. Kadang-kadang kita hanya dapat melihat potensi diri sebenar apabila terdesak dan terpaksa. Baca baki entri ini »

Posted in Artikel@Tazkirah | Leave a Comment »

Kenapa Anda Berdakwah – II (Kelesuan Kampus)

Posted by pmiupm di 15 Mac 2007

“Asyik politik sahaja. Ke mana hilangnya Tarbiyah? Demonstrasi bukan main ramai yang turun, solat jemaah di masjid habuk pun tiada!”, rungut seorang perungut di kampus.

“Tak habis-habis dengan isu Tarbiyah diri, syakhsiah dan peribadi. Di mana sensitiviti warga kampus dengan ancaman massa? Nak baiki diri sedangkan keliling penuh kemungkaran? Bagai membela anak di kandang harimau. Silap-silap, kita dan anak dua-dua dibaham sama”, keluh seorang pengeluh di kampus.

Rungutan dan keluhan silih berganti. Dalam rentetan rasa tidak puas hati itu, tercetus pelbagai reaksi warga kampus terhadap dakwah mereka sendiri. Baca baki entri ini »

Posted in Artikel@Tazkirah | Leave a Comment »

Kenapa Anda Berdakwah – I

Posted by pmiupm di 15 Mac 2007

Saya sering ditanya oleh adik-adik di kampus tentang dakwah, tentang jamaah, tentang kaedah memilih badan yang ingin disertai… dengan pelbagai format pertanyaan.

Namun, adik-adik di kampus perlu berhenti sejenak dan menapak selangkah ke belakang. Jawab dahulu soalan yang paling penting, MENGAPA MAHU BERDAKWAH? Jawab dahulu soalan ini, sebelum pergi kepada soal organisasi dan jamaah.

Ada orang mengambil keputusan untuk berdakwah, kerana persekitarannya penuh kerosakan dan maksiat. Pengikut aliran Nafsu Nafsi semakin tinggi, mengatasi pendukung Salafi Khalafi. Ketika segelintir rancak berbincang tentang kaedah melahirkan da’ie, siswi melahirkan anak luar nikah lebih meninggi. Sesuatu mesti dilakukan, lantas keputusan diambil, saya mesti berdakwah. Baca baki entri ini »

Posted in Artikel@Tazkirah | Leave a Comment »