Persatuan Mahasiswa Islam UPM (PMIUPM)

PMIUPM is your excellent partner

Archive for Februari 2007

KEPIMPINAN BARU PENERUSAN MATA RANTAI PERJUANGAN

Posted by pmiupm di 26 Februari 2007

“Dan hendaklah ada dikalangan kamu segolongan umat yang menyeru kepada kebaikan, menyuruh kepada yang makruf dan mencegah dari yang mungkar, mereka itulah orang-orang yang beruntung.” [surah Ali-Imran: 104]

Perjuangan menegakkan Islam yang dipelopori oleh Rasulullah saw, dan kemudiannya oleh para sahabat hendaklah diteruskan bagi mengembalikan kegemilangan ummah. Mata rantai perjuangan ini tidak boleh putus walaupun menghadapi mehnah dan tribulasi yang sangat mencabar, kerana perjuangan menegakkan yang makruf dan mencegah yang mungkar adalah suatu tugas yang wajib dilaksanakan oleh pendokong-pendokong Islam. Bagi yang memahami erti perjuangan ini, tidak ada alasan untuk duduk rehat dan bersantai apatah lagi berada di era keruntuhan ummat yang diserang oleh pelbagai produk-produk Yahudi dan serangan pemikiran yang melemahkan umat Islam. Baca baki entri ini »

Posted in Artikel@Tazkirah | Leave a Comment »

WAHAI PEMUDA !

Posted by pmiupm di 23 Februari 2007

Pemuda adalah harapan semua ummat untuk mengembalikan ummat. Perlukan:

  • fikir tentang ummat lebih banyak dari fikir diri sendiri.
  • faham dakwah yang betul

Dakwah kurun ke 15 Hijrah.

  • Hanya satu dakwah yang boleh menyelamat manusia – ISLAM (5:3) manusia sedang menunggu-nunggu.
  • Ianya perlukan pengorbanan (Kesah Seerah Nabi dan Sahabat)
  • Fikrah Islam hendaklah tulin (tanpa seleweng , tambah atau kurang). (3:85) Musuh telah cuba merosakkan Islam beberapa lama. Baca baki entri ini »

Posted in Artikel@Tazkirah | Leave a Comment »

ISLAM AGAMA KASIH SAYANG

Posted by pmiupm di 14 Februari 2007

Memang Islam sangat menggalakkan umatnya supaya berkasih sayang di antara satu sama lain akan tetapi untuk meluahkan kasih sayang di antara seorang lelaki dan perempuan perlu melalui saluran yang dibenarkan oleh syarak bukan yang menggalakkan kepada perkara-perkara yang mendorong atau merangsang kepada yang dilarang dan maksiat.

Realitinya, Islam adalah agama yang praktikal, bukan mengongkong. Islam agama yang mengatur kehidupan dengan lebih sempurna. Islam tidak pernah menyekat hubungan kasih sayang di antara umatnya. Baca baki entri ini »

Posted in Artikel@Tazkirah | Leave a Comment »

PERUTUSAN PRESIDEN PMIUPM SEMPENA TAHUN BARU HIJRAH

Posted by pmiupm di 2 Februari 2007

ASSALAMUALAIKUM WARAHMATULLAHI WABARAKATUH…

“Orang Muslim itu ialah orang yang selamat (daripada menyakiti saudaranya) berpunca daripada lidahnya dan tangannya. Orang yang berhijrah itu ialah orang yang dapat meninggalkan (hijrah) daripada sesuatu yang ditegah oleh Allah swt.” [Maksud Hadith Sahih]

Tabir Tahun 1427 Hijrah bakal menutup tirainya dan tahun baru Islam 1428 Hijrah bakal menyingkap tirainya. Marilah kita bersama-sama koreksi diri dan amalan kita sepanjang setahun yang telah berlalu dengan bertemankan Keunggulan Ilmu Teras Kegemilangan Ummah. Apakah ia benar-benar mendarah daging di dalam diri kita selaku hamba Allah yang bersifat intelektual? Baca baki entri ini »

Posted in Minda Pemimpin | Leave a Comment »