Persatuan Mahasiswa Islam UPM (PMIUPM)

PMIUPM is your excellent partner

WAJAH BARU BLOG PMIUPM

Posted by pmiupm di 21 Julai 2007

Assalamualaikum wbt.

Pertama sekali saya memohon berbanyak-banyak kemaafan di atas kelemahan menguruskan blog pmiupm ini. Sudah beberapa bulan lamanya blog ini tidak dapat dikemaskini kerana terdapat masalah-masalah yang menyebabkan blog ini tidak dapat diuruskan. Justeru, saya memohon maaf di atas kesilapan dan kelemahan saya ini.

Alhamdulillah, kali ini blogspot pmiupm ini muncul dengan wajah baru bertemakan warna ungu, sempena warna tema bagi Persatuan Mahasiswa Islam UPM (PMIUPM). Saya berharap agar dengan penampilan baru ini dapat memberi semangat kepada semua mahasiswa untuk melayari blogspot ini dan memeriahkannya lagi berbanding sebelum ini.

Akhir kata, syukur kepada Allah kerana masih memberi peluang kepada saya untuk meneruskan usaha untuk memajukan blog ini. Diharap sebarang teguran dan kritikan dapat diajukan terus kepada moderator bagi memperbaiki kelemahan yang ada, insyaAllah.

~Moderator pmi-upm.blogspot.com~

 

Tinggalkan komen