Persatuan Mahasiswa Islam UPM (PMIUPM)

PMIUPM is your excellent partner

Selamat Menempuh Peperiksaan Akhir

Posted by pmiupm di 16 April 2007

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Syukur kepada Allah kerana telah memberi nikmat dan kurniaan yang tidak terhingga kepada kita semua selaku hamba-Nya di dunia yang sementara ini. Sebagai seorang mahasiswa, khususnya mahasiswa Muslim, adalah menjadi hak kita semua menunaikan tanggungjawab mencari ilmu di muka bumi Allah ini. Dan di sini pihak PMI UPM ingin mengucapkan selamat menghadapi peperiksaan akhir semester kedua bagi sesi 2006/07 kepada seluruh mahasiswa UPM dan semoga dapat menghadapi peperiksaan dengan tenang dan jayanya.

Kami berharap setiap diri dari kita semua mengingati Allah selalu sebelum, semasa dan selepas peperiksaan nanti. Susah senang dalam menjawab soalan peperiksaan adalah milik Allah dan usaha kita selama ini menjadi penentu kepada kejayaan kita kelak.

Firman Allah yang bermaksud:

“Tidak ada sesuatu musibah pun yang menimpa seseorang kecuali dengan izin Allah; Dan barangsiapa yang beriman kepada Allah, nescaya Dia akan membukakan hatinya, dan Allah Maha Mengetahui segala sesuatu.” (At-Taghabuun: 11)

Semoga kita semua dapat menempuh peperiksaan ini dengan tenang dan sabar disamping usaha mengulangkaji pelajaran dengan teliti dan sempurna. Akhir kata, semoga berjaya dalam peperiksaan, di dunia dan di akhirat. InsyaAllah.

Moderator pmi-upm.blogspot.com

 

Tinggalkan komen