Persatuan Mahasiswa Islam UPM (PMIUPM)

PMIUPM is your excellent partner

Ahli PMIUPM ditekan?

Posted by pmiupm di 27 Julai 2007

Assalamualaikum wbt.

Sejak semester lepas, kebanyakan pelajar yang berstatus ahli PMIUPM, telah dibuang kolej atas alasan yang tidak munasabah. Ramai ahli PMI terpaksa menagih simpati dari pihak pengurusan kolej supaya mereka ditempatkan di kolej kediaman mereka sepertimana keputusan yang dikeluarkan oleh pihak kolej bahawa mereka boleh menetap di kolej masing-masing. Kebanyakan mereka terkejut apabila di saat-saat akhir mereka mendapat surat dari pengetua bahawa mereka dibuang kolej, disertakan dengan surat berkenaan adalah borang keluar kolej. Bermakna, pihak kolej telah seratus-peratus mahu membuang mereka tanpa belas kasihan.

Apa salah mereka sehingga mereka diperlakukan sedemikian? Saya pernah berkawan dengan mereka-mereka yang dibuang kolej berkenaan. Saya lihat kehidupan mereka tiada beza dengan kehidupan pelajar lain. Cuma lebihnya, mereka lebih menjaga ibadah mereka. Tidak melakukan perkara-perkara yang boleh dikatakan menjelekkan dalam agama. Bahkan, mereka juga tidak pernah mengutuk atau mengkritik pengurusan kolej, terutamanya pengetua kolej. Kebanyakan mereka memuji kewibawaan pengetua kolej masing-masing. Saya dapat tahu bahawa ramai dari Kolej 10 memuji pengetua mereka yang tidak terlalu ekstrem dalam memimpin pelajar K10 bahkan lebih mesra pelajar. Tetapi, mengapakah golongan ahli PMI yang sebegini pun dibuang kolej? Mengapa pengetua Kolej yang dipuji dan disanjung selama ini bertindak sedemikian? Saya bukan mahu memuja pengetua Kolej 10 yang lepas, tetapi saya cuma berasa hairan apabila pengetua yang terkenal dengan sikapnya yang baik, tiba-tiba bertindak membuang pelajar-pelajar yang lebih cenderung kepada Islam. Mengapa begini? Adakah pengetua berkenaan tidak suka Islam? Saya pelik…pelik sungguh.

Pada pandangan peribadi saya, memang tetaplah sebaran yang telah dibuat sekarang ini bahawa ahli PMI tidak cemerlang. Salah satu faktornya apabila pengurusan yang baik dikuasai oleh orang atas yang tidak baik. Akhirnya orang yang baik menjadi tergolong dalam golongan yang tidak baik juga. Mangsanya adalah ahli PMI. Ditekan dan dihina, difitnah dan dicabul, dikutuk dan diharamkan bumi untuk mereka, sedangkan bumi UPM adalah milik semua. Kesian saya mendengar apa yang berlaku. Pengetua kolej sendiri mencipta nama buruknya di hadapan pelajar-pelajar. Hampir 80% dari pelajar kolej tidak berpuas hati dengan pengetua berkenaan setelah kejadian itu. Mungkinkah sengaja pengetua berkenaan dinaikkan pangkat kerana tidak mahu berhadapan dengan pelajar-pelajar yang tidak puas hati dengan tindakannya itu? Terkenal dengan kebaikan, akhirnya pergi dengan nama kotor. Sungguh menyedihkan. Atau, mungkin kerana pangkat yang ditawarkan, pengetua berkenaan sanggup mengotorkan namanya sendiri dihadapan pelajar? Entahlah…saya pun tak faham mengapa terjadi sedemikian.

Harap-harap Allah bersama orang yang dizalimi. Doa orang yang dizalimi lebih dekat dengan Allah. Doakanlah Allah buka pintu hati pengetua-pengetua yang telah bertindak melulu itu. Harapnya mereka tergolong dalam golongan yang adil…kalau mereka masih memilih golongan sebaliknya, doalah semoga umurnya pendek. Tiada guna hidup kalau hanya buat aniaya dan dosa. Hidup di dunia sementera, akhirat kekal abadi. Takkan nak bagi mereka merana di akhirat yang kekal abadi itu nanti? Wallahu a’lam…

Pelajar yang dizalimi…

 

Tinggalkan komen