Persatuan Mahasiswa Islam UPM (PMIUPM)

PMIUPM is your excellent partner

Archive for Disember 2006

Mesej Dari ALLAH…

Posted by pmiupm di 25 Disember 2006

Assalamualaikum wbt… sudah sekian lama daerah ini tidak dilanda bencana. Tempat yg aman dan damai kini mula tergoyah keamanannya…hari ini sudah beberapa hari hujan turun tanpa henti… (alhamdulillah…sekarang sudah kelihatan redanya).apa yang aku rasakan adalah kegusaran yang maha hebat.dan kegusaranku itu akhirnya bertukar menjadi kenyataan.bencana alam yang amat kutakuti ini sudah singgah di daerah ini.daerah perjuanganku…

Mengapa Allah turunkan bencana?

Apakah agaknya yang dikatakan bencana itu? Bagi kita rakyat Malaysia, sudah tentu soalan menganggap bencana itu perkara biasa kerana bencana alam ini seringkali melanda negara kita tanpa kita sedari. Banjir, kemarau dan gempa bumi adalah contoh bencana alam yang tidak putus-putus kita hadapi. Walaupun kebanyakkannya tidak kita alami, terkena juga tempatnya.

Baca baki entri ini »

Posted in Artikel@Tazkirah | 1 Comment »

Pemuda Bani Tamim: Antara Ashaari dan Ahmadi Nejad

Posted by pmiupm di 13 Disember 2006

Oleh: Ustaz Maszlee Malik


Ketika artikel ini ditulis, kumpulan Rufaqa sedang menghadapi waktu yang getir. Penangkapan dikenakan ke atas sebilangan ahli mereka di seksyen 13 Shah Alam. Mereka ditahan di atas tuduhan mengamalkan ajaran yang telah diharamkan oleh Majlis Fatwa Kebangsaan dan juga oleh kerajaan Malaysia.

Pemuda Bani Tamim Dari Rembau

Cerita mengenai Pemuda Bani Tamim di Malaysia dipopularkan oleh para pengikut jamaah al-Arqam. Mereka beriktiqad bahawa Syeikh Suhaimi, pengasas Aurad Muhammadiyah adalah Imam al-Mahdi. Mereka juga meyakin bahawa al-Mahdi tersebut akan dibantu oleh seorang pemuda dari Bani Tamim. Pemuda Bani Tamim adalah satu individu yang merujuk kepada riwayat-riwayat yang mengatakan bahawa Imam al-Mahdi akan dibantu oleh seorng pemuda berketurunan Tamim yang bernama Syuib bin Salih. Walau bagaimanapun riwayat-riwayat tersebut bukanlah riwayat yang masyhur di kalangan para ulama muktabar ketika membicarakan persoalan al-Mahdi. Baca baki entri ini »

Posted in Artikel@Tazkirah | Leave a Comment »

KEMBALILAH KEPADA ALLAH

Posted by pmiupm di 4 Disember 2006

Kita harus sedar bahawa kita manusia adalah setinggi-tinggi makhluk Allah di muka bumi ini. Kesedaran ini janganlah sampai membawa kita terlupa bahawa kita juga boleh jatuh menjadi serendah-rendah makhluk jika tersalah mengemudikan bahtera hidup ini. Ini sesuai dengan Firman Allah yang bermaksud: Sesungguhnya manusia Aku cipta dalam sebaik-baik kejadian. Lalu Aku jatuhkannya menjadi serendah-rendah makhluk; kecuali mereka yang beriman, beramal soleh. Mereka mendapat ganjaran yang tidak putus-putus”

Manusia menjadi mulia kerana sifat kemanusiaannya yang berteraskan kekuatan fikiran dari otak. Malang sekali jika disalahgunakan kecerdasan fikiran ini untuk merosakkan kemanusiaan itu sendiri sehingga menjadi kebinatangan. Baca baki entri ini »

Posted in Artikel@Tazkirah | Leave a Comment »