Persatuan Mahasiswa Islam UPM (PMIUPM)

PMIUPM is your excellent partner

  • Pengunjung

    • 4,563 hits
  • Kalendar

    Mei 2024
    I S R K J S A
     12345
    6789101112
    13141516171819
    20212223242526
    2728293031  
  • RSS HarakahDaily.net

    • Terdapat ralat. Suapan ini mungkin tidak dapat dihubungi. Sila cuba lagi.

Archive for the ‘Minda Pemimpin’ Category

TAHNIAH MAHASISWA BAHARU

Posted by pmiupm di 10 Julai 2007

Soff kepimpinan Persatuan Mahasiswa Islam Universiti Putra Malaysia (PMIUPM) mengucapkan setinggi-tinggi tahniah dan syabas atas kejayaan mahasiswa dan mahasiswi baharu yang telah berjaya mendaftar sebagai mahasiswa baharu UPM. Kejayaan yang dicapai ini merupakan satu kebanggaan dan amanah yang perlu disyukuri.

Sesungguhnya memang ramai sekali lepasan STPM dan matrikulasi yang telah mencuba untuk menjadi mahasiswa UPM. Dalam banyak-banyak itu maka anda telah terpilih sebagai seorang yang bertuah. Persatuan Mahasiswa Islam UPM yang mana berteraskan menjaga kebajikan mahasiswa Islam UPM amat berbesar hati untuk membantu mahasiswa baharu dalam menempuh alam kampus yang penuh cabaran ini. Dekatilah ahli-ahli dan exco-exco PMIUPM. Kunjungilah bazar persatuan kami. Baca baki entri ini »

Posted in Minda Pemimpin | Leave a Comment »

Perutusan Presiden PMIUPM sempena Maulidur Rasul 1428H

Posted by pmiupm di 31 Mac 2007

presidenAssalamu’alaikum dan salam sejahtera, salam perpaduan kepada seluruh warga UPM.

Segala pujian bagi Allah S.W.T yang sentiasa memberikan rahmatNya kepada kita samada kita dalam ketaatan atau dalam keingkaran, selawat dan salam kepada junjungan besar nabi Muhammad S.A.W, para sahabat, para aulia, ulama-ulama yang ikhlas dalam perjuangan menegakkan yang hak serta pendokong-pendokong kebenaran dalam menegakkan perkara yang makruf dan menentang kebatilan.

Firman Allah S.W.T yang bermaksud :

“Demi sesungguhnya, adalah bagi kamu pada diri Rasulullah itu contoh ikutan yang baik, iaitu bagi orang yang sentiasa mengharapkan (keredhaan) ALLAH dan (balasan baik) hari akhirat, serta ia pula menyebut dan mengingati ALLAH banyak-banyak (dalam masa susah dan senang).”

(Surah Al-Ahzaab: ayat 21) Baca baki entri ini »

Posted in Minda Pemimpin | Leave a Comment »

PERUTUSAN PRESIDEN PMIUPM SEMPENA TAHUN BARU HIJRAH

Posted by pmiupm di 2 Februari 2007

ASSALAMUALAIKUM WARAHMATULLAHI WABARAKATUH…

“Orang Muslim itu ialah orang yang selamat (daripada menyakiti saudaranya) berpunca daripada lidahnya dan tangannya. Orang yang berhijrah itu ialah orang yang dapat meninggalkan (hijrah) daripada sesuatu yang ditegah oleh Allah swt.” [Maksud Hadith Sahih]

Tabir Tahun 1427 Hijrah bakal menutup tirainya dan tahun baru Islam 1428 Hijrah bakal menyingkap tirainya. Marilah kita bersama-sama koreksi diri dan amalan kita sepanjang setahun yang telah berlalu dengan bertemankan Keunggulan Ilmu Teras Kegemilangan Ummah. Apakah ia benar-benar mendarah daging di dalam diri kita selaku hamba Allah yang bersifat intelektual? Baca baki entri ini »

Posted in Minda Pemimpin | Leave a Comment »