Persatuan Mahasiswa Islam UPM (PMIUPM)

PMIUPM is your excellent partner

Archive for Mac 2007

Perutusan Presiden PMIUPM sempena Maulidur Rasul 1428H

Posted by pmiupm di 31 Mac 2007

presidenAssalamu’alaikum dan salam sejahtera, salam perpaduan kepada seluruh warga UPM.

Segala pujian bagi Allah S.W.T yang sentiasa memberikan rahmatNya kepada kita samada kita dalam ketaatan atau dalam keingkaran, selawat dan salam kepada junjungan besar nabi Muhammad S.A.W, para sahabat, para aulia, ulama-ulama yang ikhlas dalam perjuangan menegakkan yang hak serta pendokong-pendokong kebenaran dalam menegakkan perkara yang makruf dan menentang kebatilan.

Firman Allah S.W.T yang bermaksud :

“Demi sesungguhnya, adalah bagi kamu pada diri Rasulullah itu contoh ikutan yang baik, iaitu bagi orang yang sentiasa mengharapkan (keredhaan) ALLAH dan (balasan baik) hari akhirat, serta ia pula menyebut dan mengingati ALLAH banyak-banyak (dalam masa susah dan senang).”

(Surah Al-Ahzaab: ayat 21) Baca baki entri ini »

Posted in Minda Pemimpin | Leave a Comment »

Sejarah Sambutan Maulidur Rasul

Posted by pmiupm di 30 Mac 2007

Perayaan Maulidur rasul telah diasaskan oleh kerajaan Fatimiah di Mesir. Kerajaan Fatimah telah merayakan perayaan ini secara besar-besaran. Bukan hanya hari jadi Rasulullah saw sahaja yang dirayakan, tetapi juga ahli keluarga Nabi saw seperti Zainab, Hassan, Hussain (r.a.). juga dirayakan. Bahkan mereka juga merayakan kelahiran Nabi Isa as.

Walaubagaimanapun, semua perayaan ini telah dihentikan pada tahun 488 atas perintah Perdana Menteri al-Afdal Shahindah pada ketika itu yang berpegang kuat pada sunnah seperti tercatit di dalam buku Al-Kamel, karangan Ibnu Al-Atheer. Masyarakat berhenti merayakannya sehingga Al-Ma’moon Al-Bataa’ni memegang kuasa kerajaan. Beliau telah yang memulakan kembali perayaan yang telah dihentikan sebelum itu. Baca baki entri ini »

Posted in Artikel@Tazkirah | Leave a Comment »

JANGAN MENCARI TIDUR YANG CUKUP

Posted by pmiupm di 27 Mac 2007

Sudah masuk dua minggu saya menjadi pelajar sepenuh masa di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia. Walaupun saya menyambung pelajaran untuk peringkat Master, semester ini saya dikehendaki mengambil 5 subjek prerequisite yang merupakan subjek undergraduate. Saya perlu bersyukur kerana dapat terus masuk ke kelas, sedangkan lebih 100 orang pelajar postgraduate yang mengambil peperiksaan Bahasa Inggeris bersama saya, terkandas dan dikehendaki mengambil kursus Bahasa Inggeris di CELPAD. Saya berasa sedih melihat wajah rakan-rakan yang amat bersemangat untuk menyambung pelajaran, tetapi terpaksa melupakannya seketika. Walaupun sebahagian mereka mengambil pengkhususan yang langsung tiada subjek di dalam Bahasa Inggeris (seperti Master di dalam Sastera Arab), mereka tetap dikehendaki melepasi tahap tertentu di dalam penguasaan Bahasa Inggeris. Terpaksalah bersabar seketika, dan saya harap mereka dapat mempositifkan fikiran dan menganggap ini sebagai suatu enforcement untuk mereka menguasai Bahasa Inggeris. Kadang-kadang kita hanya dapat melihat potensi diri sebenar apabila terdesak dan terpaksa. Baca baki entri ini »

Posted in Artikel@Tazkirah | Leave a Comment »

Kenapa Anda Berdakwah – II (Kelesuan Kampus)

Posted by pmiupm di 15 Mac 2007

“Asyik politik sahaja. Ke mana hilangnya Tarbiyah? Demonstrasi bukan main ramai yang turun, solat jemaah di masjid habuk pun tiada!”, rungut seorang perungut di kampus.

“Tak habis-habis dengan isu Tarbiyah diri, syakhsiah dan peribadi. Di mana sensitiviti warga kampus dengan ancaman massa? Nak baiki diri sedangkan keliling penuh kemungkaran? Bagai membela anak di kandang harimau. Silap-silap, kita dan anak dua-dua dibaham sama”, keluh seorang pengeluh di kampus.

Rungutan dan keluhan silih berganti. Dalam rentetan rasa tidak puas hati itu, tercetus pelbagai reaksi warga kampus terhadap dakwah mereka sendiri. Baca baki entri ini »

Posted in Artikel@Tazkirah | Leave a Comment »

Kenapa Anda Berdakwah – I

Posted by pmiupm di 15 Mac 2007

Saya sering ditanya oleh adik-adik di kampus tentang dakwah, tentang jamaah, tentang kaedah memilih badan yang ingin disertai… dengan pelbagai format pertanyaan.

Namun, adik-adik di kampus perlu berhenti sejenak dan menapak selangkah ke belakang. Jawab dahulu soalan yang paling penting, MENGAPA MAHU BERDAKWAH? Jawab dahulu soalan ini, sebelum pergi kepada soal organisasi dan jamaah.

Ada orang mengambil keputusan untuk berdakwah, kerana persekitarannya penuh kerosakan dan maksiat. Pengikut aliran Nafsu Nafsi semakin tinggi, mengatasi pendukung Salafi Khalafi. Ketika segelintir rancak berbincang tentang kaedah melahirkan da’ie, siswi melahirkan anak luar nikah lebih meninggi. Sesuatu mesti dilakukan, lantas keputusan diambil, saya mesti berdakwah. Baca baki entri ini »

Posted in Artikel@Tazkirah | Leave a Comment »

SELAMATKAN AL-AQSA

Posted by pmiupm di 5 Mac 2007

Maha Suci Allah, yang telah memperjalankan hamba-Nya pada suatu malam dari Masjidil Haram ke Masjidil Aqsa yang telah Kami berkati sekelilingnya agar Kami perlihatkan kepadanya sebahagian dari tanda-tanda (kebesaran) Kami. Sesungguhnya Dia adalah Maha Mendengar lagi Maha Melihat. (Al-Isra’: 1)

Kedudukan Dan Peristiwa

Masjid al-Aqsa yang terletak di selatan Haram As-Asyarif di dalam kota Baitul Maqdis. Haram As-Syarif ialah kawasan suci bagi umat Islam. Selain Baitul Maqdis, di dalam Haram As-Syarif juga terdapat binaan-binaan yang lain seperti Qubbat As-Sakhrah, Qubbat An-Nabawi, Qubbat As-Silsilah, Qubbat Al-Mikhraj dan banyak lagi. Kawasan suci Haram As-Syarif dikelilingi oleh tembok yang mana ia mempunyai pintu-pintu yang mempunyai nama-nama tersendiri. Baca baki entri ini »

Posted in Pandangan Sisi | Leave a Comment »