Persatuan Mahasiswa Islam UPM (PMIUPM)

PMIUPM is your excellent partner

Archive for Julai 2006

Pertahankan Palestine Bumi Anbiya’

Posted by pmiupm di 19 Julai 2006

Keperluan Umat Islam utk pertahankan Bumi Palestin
Ø Di Palestin terdapat masjidil Al-Aqsa yakni masjid ke-3 yg dimuliakan oleh Allah.
Ø Palestin bumi anbiya’.
Ø Israel merancang meruntuhkan masjidil Aqsa untuk digantikan dengan Haikal Sulaiman.
Ø Kedaulatan Palestin perlu dipelihara di samping rakyat Palestin adalah saudara seagama kita, dsb.

Sebagai Umat Islam, apa peranan kita?
Perjanjian perdamaian dengan Yahudi tidak pernah berhasil dan seringkali dikhianati, jadi kita hendaklah :
Ø Melaksanakan solat hajat dan berdoa bagi kemudian Islam di Palestin
Ø Memberi sumbangan sekadar termampu
Ø Memboikot barangan yang terlibat dengan Israel.
Ø Menggabungkan diri kita dengan kelompok Islam.
Ø Bersama kembali menghayati dan mengamalkan Islam dengan sebenarnya.

Allahuakbar!!!!!!
Baca baki entri ini »

Posted in Pandangan Sisi | Leave a Comment »

HAMAS : Pesanan Buat Umat Islam di Malaysia

Posted by pmiupm di 15 Julai 2006

(Ini adalah pesanan Dr Khalil al-Haya mewakili HAMAS di Palestin untuk umat Islam di Malaysia.)



Alhamdulillah, Allah telah memilih kami yang berada di Palestin untuk berjihad. Kami telah dipilih untuk menjadi barisan hadapan kepada umat Islam. Kami telah dipilih oleh Allah SWT untuk mengorbankan jiwa, nyawa, harta, anak-anak kami untuk menentang musuh Allah dan mempertahankan Masjid al-Aqsa. Kami juga telah dipilih oleh Allah SWT untuk mewakili umat Islam di seluruh dunia untuk menjadi benteng pertahanan kepada al-Aqsa, kiblat pertama umat Islam dan juga masjid ketiga suci mereka. Kami juga telah dipilih oleh Allah untuk menjadikan mati syahid sebagai impian utama kehidupan kami berbanding kehidupan dunia. Selama lebih daripada 60 tahun, kami hidup di medan pertempuran. Selama waktu itu jugalah kami dijajah, dizalimi, diseksa, dibunuh dan juga diperangi. Mengapa?, hanya kerana kami mengucapkan La Ilaha Ila Allah, dan kerana kami mempertahankan bumi serta masjid kami. Baca baki entri ini »

Posted in Pandangan Sisi | Leave a Comment »

Bazar Persatuan Mahasiswa Islam UPM

Posted by pmiupm di 14 Julai 2006

bazarBukit Ekspo, 8 Julai – Bazar persatuan sekali lagi telah diadakan di sekitar Pentas Angsana di Bukit Ekspo, UPM. Seperti biasa, setiap persatuan yang berdaftar di Universiti Putra Malaysia telah mengambil peluang membuka bazar masing-masing. Setiap persatuan yang terlibat pastinya telah berusaha bersungguh-sungguh untuk menyambut dan menarik penyertaan yang seramai mungkin bersempena Minggu Orientasi Universiti (MOU) yang berlangsung. Bahkan, acara bazar persatuan adalah antara program yang terakhir di hari terakhir MOU itu. Segala-galanya telah berakhir dan sekalung ucapan tahniah kepada mereka yang menjayakannya.

Persatuan Mahasiswa Islam Universiti Putra Malaysia merakamkan sejuta penghargaan kepada semua pihak yang telah membantu dan menjayakan Hari Bazar Persatuan.

“Islam Memimpin Kecemerlangan”

Posted in Mahasiswa UPM | Leave a Comment »

Lebih 2,500 Berarak Bantah Kekejaman Israel

Posted by pmiupm di 7 Julai 2006

KUALA LUMPUR, 7 Julai – Lebih 2,500 umat Islam di sekitar ibu kota telah berarak menuju ke Kedutaan Amerika Syarikat untuk melahirkan bantahan atas tindakan kejam pengganas-pengganas dari tentera Israel yang mengganasi selatan Gaza dalam usaha mereka memerangi kerajaan Hamas yang dipilih oleh rakyat Palestin.

 

Laungan ‘hancur Israel’ terus bergema di ruang udara Jalan Ampang hingga ke Jalan Tun Razak yang menyaksikan jalan raya turut sesak dengan lautan manusia yang berhimpun mengutuk kekejaman Israel dan keangkuhan Amerika mempertahan negara sekutunya.

 

Meskipun dalam cuaca panas terik, peserta perhimpunan tetap meneruskan langkah menuju ke pejabat Pesuruhjaya Tinggi British di Malaysia dan kemudiannya ke Kedutaan Amerika Syarikat. Baca baki entri ini »

Posted in Pandangan Sisi | Leave a Comment »