Persatuan Mahasiswa Islam UPM (PMIUPM)

PMIUPM is your excellent partner

  • Pengunjung

    • 4,563 hits
  • Kalendar

    Mei 2024
    I S R K J S A
     12345
    6789101112
    13141516171819
    20212223242526
    2728293031  
  • RSS HarakahDaily.net

    • Terdapat ralat. Suapan ini mungkin tidak dapat dihubungi. Sila cuba lagi.

Archive for the ‘Pandangan Sisi’ Category

SELAMATKAN AL-AQSA

Posted by pmiupm di 5 Mac 2007

Maha Suci Allah, yang telah memperjalankan hamba-Nya pada suatu malam dari Masjidil Haram ke Masjidil Aqsa yang telah Kami berkati sekelilingnya agar Kami perlihatkan kepadanya sebahagian dari tanda-tanda (kebesaran) Kami. Sesungguhnya Dia adalah Maha Mendengar lagi Maha Melihat. (Al-Isra’: 1)

Kedudukan Dan Peristiwa

Masjid al-Aqsa yang terletak di selatan Haram As-Asyarif di dalam kota Baitul Maqdis. Haram As-Syarif ialah kawasan suci bagi umat Islam. Selain Baitul Maqdis, di dalam Haram As-Syarif juga terdapat binaan-binaan yang lain seperti Qubbat As-Sakhrah, Qubbat An-Nabawi, Qubbat As-Silsilah, Qubbat Al-Mikhraj dan banyak lagi. Kawasan suci Haram As-Syarif dikelilingi oleh tembok yang mana ia mempunyai pintu-pintu yang mempunyai nama-nama tersendiri. Baca baki entri ini »

Posted in Pandangan Sisi | Leave a Comment »

Banjir: Sama Macam Tsunami?

Posted by pmiupm di 19 Januari 2007

MALAPETAKA ombak besar yang dikenali sebagai ‘Tsunami’ yang terbentuk daripada gempa berukuran 8.9 pada skala Richter yang terjadi pada penghujung tahun 2004 tersebut telah mengakibatkan beribu-ribu lagi hilang dan terbunuh di kawasan pantai barat Asia serta kemusnahan teruk di bandar serta pulau peranginan di Malaysia, Thailand, Sri Lanka, India dan Myanmar serta di Sumatera. Ombak besar setinggi hingga enam meter menerjah pesisiran pantai negara-negara terlibat juga mendatangkan mala petaka adalah merupakan yang kelima terbesar sejak tahun 1900. Baru-baru ini terjadi lagi kejadian Tsunami yang melanda di Jawa Barat Indonesia yang mengorbankan beratus-ratus jiwa pada bulan Julai 2006 yang lepas. Baca baki entri ini »

Posted in Pandangan Sisi | Leave a Comment »

Temuramah Eksklusif Bersama Isteri Asshahid Dr. Abdul Aziz Rantisi

Posted by pmiupm di 6 September 2006

TEMURAMAH EKSKLUSIF BERSAMA ISTERI AS-SYAHID DR. ABDUL AZIZ RANTISI

Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak sekali-kali akan bersetuju atau suka kepadamu (Wahai Muhammad) sehingga engkau menurut agama mereka (yangterpesong itu). Katakanlah (kepada mereka) Sesungguhnya petunjuk Allah(agama Islam) itulah petunjuk yang benar. Dan demi sesungguhnya jika engkau menurut kehendak hawa nafsu mereka sesudah datangnya (wahyu yang memberi) pengetahuan kepadamu (tentang kebenaran), maka tiadalah engkau akan perolehi dari Allah (sesuatupun)yang dapat mengawal dan memberipertolongan kepadamu. (Al-Baqarah : 120)

Kata-katanya (isteri as-Syahid) menggambarkan kesabaran yang luar biasa dan pendirian yang mengkagumkan. Sinar suara yang tiada nilaian serta tutur katanya yang lemah lembut. Apa yang lebih penting, sifat tawadu’terhimpun pada percakapan, perbualan juga tindak-balasnya.

Baca baki entri ini »

Posted in Pandangan Sisi | Leave a Comment »

Pertahankan Palestine Bumi Anbiya’

Posted by pmiupm di 19 Julai 2006

Keperluan Umat Islam utk pertahankan Bumi Palestin
Ø Di Palestin terdapat masjidil Al-Aqsa yakni masjid ke-3 yg dimuliakan oleh Allah.
Ø Palestin bumi anbiya’.
Ø Israel merancang meruntuhkan masjidil Aqsa untuk digantikan dengan Haikal Sulaiman.
Ø Kedaulatan Palestin perlu dipelihara di samping rakyat Palestin adalah saudara seagama kita, dsb.

Sebagai Umat Islam, apa peranan kita?
Perjanjian perdamaian dengan Yahudi tidak pernah berhasil dan seringkali dikhianati, jadi kita hendaklah :
Ø Melaksanakan solat hajat dan berdoa bagi kemudian Islam di Palestin
Ø Memberi sumbangan sekadar termampu
Ø Memboikot barangan yang terlibat dengan Israel.
Ø Menggabungkan diri kita dengan kelompok Islam.
Ø Bersama kembali menghayati dan mengamalkan Islam dengan sebenarnya.

Allahuakbar!!!!!!
Baca baki entri ini »

Posted in Pandangan Sisi | Leave a Comment »

HAMAS : Pesanan Buat Umat Islam di Malaysia

Posted by pmiupm di 15 Julai 2006

(Ini adalah pesanan Dr Khalil al-Haya mewakili HAMAS di Palestin untuk umat Islam di Malaysia.)



Alhamdulillah, Allah telah memilih kami yang berada di Palestin untuk berjihad. Kami telah dipilih untuk menjadi barisan hadapan kepada umat Islam. Kami telah dipilih oleh Allah SWT untuk mengorbankan jiwa, nyawa, harta, anak-anak kami untuk menentang musuh Allah dan mempertahankan Masjid al-Aqsa. Kami juga telah dipilih oleh Allah SWT untuk mewakili umat Islam di seluruh dunia untuk menjadi benteng pertahanan kepada al-Aqsa, kiblat pertama umat Islam dan juga masjid ketiga suci mereka. Kami juga telah dipilih oleh Allah untuk menjadikan mati syahid sebagai impian utama kehidupan kami berbanding kehidupan dunia. Selama lebih daripada 60 tahun, kami hidup di medan pertempuran. Selama waktu itu jugalah kami dijajah, dizalimi, diseksa, dibunuh dan juga diperangi. Mengapa?, hanya kerana kami mengucapkan La Ilaha Ila Allah, dan kerana kami mempertahankan bumi serta masjid kami. Baca baki entri ini »

Posted in Pandangan Sisi | Leave a Comment »

Lebih 2,500 Berarak Bantah Kekejaman Israel

Posted by pmiupm di 7 Julai 2006

KUALA LUMPUR, 7 Julai – Lebih 2,500 umat Islam di sekitar ibu kota telah berarak menuju ke Kedutaan Amerika Syarikat untuk melahirkan bantahan atas tindakan kejam pengganas-pengganas dari tentera Israel yang mengganasi selatan Gaza dalam usaha mereka memerangi kerajaan Hamas yang dipilih oleh rakyat Palestin.

 

Laungan ‘hancur Israel’ terus bergema di ruang udara Jalan Ampang hingga ke Jalan Tun Razak yang menyaksikan jalan raya turut sesak dengan lautan manusia yang berhimpun mengutuk kekejaman Israel dan keangkuhan Amerika mempertahan negara sekutunya.

 

Meskipun dalam cuaca panas terik, peserta perhimpunan tetap meneruskan langkah menuju ke pejabat Pesuruhjaya Tinggi British di Malaysia dan kemudiannya ke Kedutaan Amerika Syarikat. Baca baki entri ini »

Posted in Pandangan Sisi | Leave a Comment »