Persatuan Mahasiswa Islam UPM (PMIUPM)

PMIUPM is your excellent partner

SELAMATKAN AL-AQSA

Posted by pmiupm di 5 Mac 2007

Maha Suci Allah, yang telah memperjalankan hamba-Nya pada suatu malam dari Masjidil Haram ke Masjidil Aqsa yang telah Kami berkati sekelilingnya agar Kami perlihatkan kepadanya sebahagian dari tanda-tanda (kebesaran) Kami. Sesungguhnya Dia adalah Maha Mendengar lagi Maha Melihat. (Al-Isra’: 1)

Kedudukan Dan Peristiwa

Masjid al-Aqsa yang terletak di selatan Haram As-Asyarif di dalam kota Baitul Maqdis. Haram As-Syarif ialah kawasan suci bagi umat Islam. Selain Baitul Maqdis, di dalam Haram As-Syarif juga terdapat binaan-binaan yang lain seperti Qubbat As-Sakhrah, Qubbat An-Nabawi, Qubbat As-Silsilah, Qubbat Al-Mikhraj dan banyak lagi. Kawasan suci Haram As-Syarif dikelilingi oleh tembok yang mana ia mempunyai pintu-pintu yang mempunyai nama-nama tersendiri.

Dalam sirah perjuangan Rasulullah s.a.w., Masjid Al-Aqsa memainkan peranan yang sangat penting di dalam peristiwa Isra’ wal Mikraj yang memperjalankan Rasulullah s.a.w. dari Masjidil Haram ke Masjidil Aqsa. Ketika Isra’ wal Mikraj, Rasulullah juga mengalami pelbagai peristiwa penting yang menjadi pengajaran dan panduan kepada umat Islam seluruhnya. Ia juga menguji keyakinan umat Islam pada masa itu terhadap kerasulan baginda Muhammad s.a.w. dan kebenaran ajaran Islam. Pada masa itu, umat Islam dianugerahkan ibadah solat 5 waktu yang menjadi kewajipan kepada umat Islam hingga sekarang. Masjidil Aqsa menjadi kiblat umat Islam pertama sebelum Masjidil Haram di Mekah.

Kota Baitul Maqdis menjadi simbol pertembungan Islam, Kristian dan Yahudi. Ia pernah diduduki dan diperintahkan oleh tamadun-tamadun besar yang bersilih ganti. Ia dihuni oleh penduduk yang mempunyai latar belakang agama pelbagai. Qubbat As-Sakhrah yang dibina ketika pemerintahan Khalifah Malik Ibnu Marwan pada zaman Uthmaniyyah menjadi simbol perpaduan masyarakat pada masa itu.

Sejarah penaklukan kota Baitul Maqdis pada zaman pemerintahan Saidina Umar telah mencatat sejarah apabila tidak ada pertumpahan darah berlaku. Islam dapat menawan kota Baitul Maqdis secara aman. Pada zaman Umarlah juga berdirinya Masjidil Aqsa di kawasan suci Haram As-Syarif.

Percubaan Menghapuskan Al-Aqsa

Zionis Israel dalam usaha untuk menguasai sepenuhnya kawasan suci Al-Aqsa dan seterusnya menghapuskan Masjidil Aqsa dan beberapa peninggalan Islam di kawasan tersebut.

Israel pernah membakar Masjidil Aqsa tetapi berjaya diselamatkan oleh penduduk Islam Palestin pada tahun 1969. Israel juga kini menggali terowong berhampiran dengan tembok Al-Aqsa dengan alasan mencari tinggalan sejarah orang Yahudi. Sehinggakan meruntuhkan pintu Al-Maghribah di selatan Al-Haram As-Syarif. Selain itu, beberapa lagi usaha Israel sebelum ini untuk menguasai Baitul Maqdis sepenuhnya seperti menghapuskan penempatan Islam dan Kristian dan membawa orang Yahudi masuk untuk menetap di situ. Mereka juga membina tembok untuk memisahkan umat Islam dengan dengan Masjidil Aqsa.

Peranan Kita

Kini umat Islam dan para pejuang Islam di Palestin sedang bangkit menentang kezaliman Zionis. Mereka dengan sudaya upaya berusaha membebaskan tanah Baitul Maqdis seluruhnya daripada kejahatan Zionis Israel laknatullah.

Kita juga perlu bangkit dengan memberikan bantuan kepada umat Islam di Palestin, dan yang paling utama ialah doa kita mengiringi perjuangan mereka.

Kita perlu menghidupkan kembali suasana Islam di dalam negara kita. Kita mengimarahkan rumah-rumah Allah dan mewujudkan biah solehah di kalangan warga kampus. Kemuncaknya kemenangan yang telah dijanjikan oleh Allah s.w.t. kepada kita.

“Dan (ada lagi) kurnia yang lain yang kamu sukai (iaitu) pertolongan dari Allah dan kemenangan yang dekat (waktunya). Dan sampaikanlah berita gembira kepada orang-orang yang beriman.: (as-Sof: 13)

Jikalaulah keruntuhan Masjid Babri di India telah cukup untuk membuatkan umat Islam di India untuk bangkit, selayaknya apa yang berlaku kepada masjid al-Aqsa telah cukup untuk membuatkan umat Islam di serata dunia untuk bangkit dan membebaskannya dari jajahan dan cengkaman Rejim Zionis.

Ataupun umat Islam hanya akan bangkit setelah Masjid Al-Aqsa telah dirobohkan dan generasi Muslim yang mendatang hanya akan mengenalinya melalui gambar-gambar di dalam buku sejarah, kerana pada waktu itu masjid Al-Aqsa sudah tiada lagi.

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: