Persatuan Mahasiswa Islam UPM (PMIUPM)

PMIUPM is your excellent partner

  • Pengunjung

    • 4,563 hits
  • Kalendar

    Mei 2024
    I S R K J S A
     12345
    6789101112
    13141516171819
    20212223242526
    2728293031  
  • RSS HarakahDaily.net

    • Terdapat ralat. Suapan ini mungkin tidak dapat dihubungi. Sila cuba lagi.

Pengenalan

Persatuan Mahasiswa Islam Universiti Putra Malaysia (PMIUPM) telah ditubuhkan pada tahun 1975 sebaik sahaja Akta Universiti Dan Kolej Universiti (AUKU pindaan 1975) dikuatkuasakan. PMIUPM ditubuhkan adalah kerana ingin menwujudkan suasana Islam di kampus hijau ini.Setiap mahasiswa UPM secara tidak langsung merupakan ahli kepada PMIUPM.

Dasar PMIUPM adalah Islam. Sejak ia mula didaftarkan PMIUPM bergerak aktif khusus dalam soal-soal kepentingan Islam. Setiap program yang dianjurkan adalah bertujuan untuk membentuk suasana Islam dan menyerapkan unsur-unsur kerohanian ke dalam ke setiap individu masyarakat kampus. Matlamat utama PMIUPM adalah menjaga kesucian Islam sebagai Ad-din. Prinsip dan matlamat yang berlandaskan/ bersumberkan Al-Qurannul-Karim dan Al-Sunnah merupakan satu pancaran dari pernyataan syahahdah Lailahaillallah Muhammadur Rasulullah. Firman Allah yang bermaksud :

“Maka hadapanlah dirimu (Wahai Muhammad dan pengikut-pengikutmu) ke arah Din yang lurus sebagai fitrah Allah yang menciptakan manusia di atasnya, tidak ada sebarang perubahan pada ciptaan Allah itu, inilah Din yang betul dan lurus, tetapi kebanyakan manusia tidak mengetahuinya.” (Al-Rum 30)

PMIUPM, insyaAllah akan terus bergerak sebagai satu wadah yang berjuang untuk mengembalikan martabat umat yang terbaik yang berperanan sebagai pendidik dan pemimpin.PMIUPM memegang prinsip menyeru kepada kebaikan , menyuruh yang ma’ruf dan mencegah yang mungkar dan bertindak sebagai sebuah persatuan yang tidak akan bersekongkol dengan sebarang kemungkaran yang berlaku. Kita tegaskan bahawa prinsip yang digariskan bukan didorong oleh peraasan fanatik tetapi berdasarkan rasa keyakinan yang kukuh dan kefahaman yang jelas tentang Islam serta keupayaannya untuk menyelesaikan segala permasalahan yang dihadapi oleh umat manusia sepanjang zaman. Firman Allah yang bermaksud:

” Kamu adalah umat yang terbaik yang dilahirkan untuk manusia, menyuruh yang ma’ruf dan mencegah dari yang mungkar dan beriman kepada Allah.” (Al-Imran : 110)

Inilah prinsip yang tegas untuk tidak bersekongkol dengan sebarang kemungkaran yang berlaku. Prinsip ini bukanlah didorong oleh perasaan fanatik tetapi berdasarkan rasa keyakinan yang kukuh dan kefahaman yang jelas tentang Islam serta keupayaannya untuk menyelesaikan segala permasalahan yang dihadapi oleh umat manusia sepanjang zaman.

Sejarah Penubuhan

Objektif penubuhan PMIUPM

1. Menjaga kesucian Islam.

2. Menyeru kepada kebaikan,menyuruh yang makruf dan mencegah kemungkaran.

3. Mengembangkan dan menjaga cara hidup dan budaya Islam serta kebajikan ahli persatuan.

4. Mempereratkan lagi tali persaudaraan di antara ahli persatuan.

5. Menanam dan merapatkan semangat pergaulan di antara ahli persatuan ini dengan
pelajar- pelajar bukan Islam di Universiti ini.

6. Menyumbangkan pelbagai bidang pengetahuan kepada masyarakat umum.